Saturday, 29 March 2014

Ohh Tranungkuu!

Assalamualaikum!

Wah waahhh. Dah berkurun lama tak update blog. Ni bukan lagi berhabuk, berdebu dah. Haha! Memandangkan ACER Aspire One Happy berwarna purple yg kusayang dan kucinta telah nazak dan belum sembuh sembuh lagi, sebenarnya ia adalah faktor dan penyebab yang kuat knp aku lama menghilang dialam ini. Keh2 bukan sahaja di blog okeh, facebook twitter dll juga sama. Mujur lah masih ada hp yg taklah canggih sgt, blh la jugak sekali sekala berwhatssap wechat instagram lagi. Ini pun nasib lah ada lappy auntie, blh la jugak buat satu entri malam malam buta ni. Padahal mata, merayu rayu suruh tidur. Ehhhhh, lantak. Nak buat entri ape pun tak tahu sebenarnya, tetiba rasa nak menulis dan berfalsafah mlm ni. Ahaha :D

Sebenarnya,
Gembira dgn life skrg. Masih lg Allah bg kesempatan, peluang, ruang, nafas, utk terus hidup atas bumi yg sifatnya cuma sementara, Alhamdulillah. Masih lagi Allah bg nikmat melihat, mendengar, bercakap. Masih lagi Allah izinkan bersama sama dengan keluarga, kawan kawan, jiran jiran saudara mara dan orang tersayang. Ehemm, orang terengganu sila terharu k. Tahan sket kembang tu jangan lebih lebih sangat. Haha. Alhamdulillah, walaupun tak henti2 juga ujian yg berupa kasih syg dpd Allah ditimpakan atas diri ini, masih juga Allah bagi kekuatan utk hadapi semua tu. Betul laah ape yg Allah cakap, "Allah tak akan uji seorang hambaNya tu, melebihi kemampuan dirinya sendiri". Dan Alhamdulillah, Allah menguji tanda Allah masih syg, sentiasa nak aku dan keluarga aku sentiasa ingat pada Dia :) Sbb Allah syg lah kan, Allah bagi hidup lagi, bagi peluang utk taubat lagi, tambah ibadah lagi. Sbb Allah syg lah, Dia sentiasa mengingatkan diri pada Dia. Alhamdulillah, alhamdulillah.
 
Sekian, itu sahaja.
Syukur, Alhamdulillah.

* Haritu pegi Kuantan 4 hari je. Ade org tacing mse hanta balik naik bas. Ihihi comel. Orang tranung kg teluk tapang, jangan sedih2 ter, kesat sket air hidung tu, panjang umur kte jupe lagi. Kuantan xlari kemana. Haha beli rumah dkt Kuantan laah pasni, syg sgt dgn Kuantan ni. Kih3 lapyouuuuuuu kbai

Assalaaaaamualaikum!

:)




Sunday, 3 November 2013

Asif jiddan.

Assalamu'alaikum. 

Cuti cuti berblog dah lama, sekarang dah sampai masa untuk mengupdate nya. Hihi. Untuk entry kali ni, saya, dengan rendah diri, tujukan entri ni khas buat seseorang yang saya anggap sahabat dan in sha Allah, saya tetap akan menyayanginya hingga ke syurga Allah. Siapa dia, biarlah saya, dia, dan Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu.


*NHJ*
*NAS*


Jika ditakdirkan Allah, sahabat membaca entri ini, maafkan lah saya andai saya pernah ada terkasar bahasa, tersinggung kan perasaan awak bila bila, terbuat awak marah tanpa sengaja, terundang rajuk tak semena mena. Tapi dengan jujur saya katakan duhai sahabat, sampai skrg saya masih belum tahu, apa salah dan silap  saya, hingga awak jauhkan diri dan mengelak drpd diri saya yg hina ini. 

Facebook, awak dah block.
Whatssap, juga serupa.
Puas saya mencari jalan, untuk meminta maaf, tapi tiada balasan.
Cuba untuk bertanyakan, tapi tiada jawapan.
Mungkin, saya dah terlalu menyakiti, hati yang baik dan lembut itu, hingga tiada lagi ruang kemaafan yang layak diberikan.

Sahabat, 
Andai saya pernah tersalah, betulkanlah, tegurlah dengan baik.
Dgn berdiam diri, tidak akan menyelesaikan masaalah. Jauh lagi untuk memujuk diri.
Jangan simpan marah dalam hati, jangan pendam dendam terlalu lama.
Saya insan lemah, lagi dhaif, tak sempurna, sentiasa berbuat salah pada Dia, inikan lagi pada manusia.




Moga Allah membukakan hatimu duhai sahabat,
In sha Allah, dengan izinNya, dengan izinNya.