Sunday, 23 December 2012

Kuatlah diri, kuatlah kawan, sesungguhnya Allah takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan mereka ♥




Bila ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, macam-macam cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur :')

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta nak pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. tak akan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita yang tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,“takpe, aku okay. terima kasih ye” padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri.

Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri. kenapa aku diuji? kenapa, AKU? masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ni? mungkin tak, sbb kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah. Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini.
Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa aku yang diuji?
Mungkin kerana, aku banyak lupa pada Illahi. mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri. mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami kerana kita pernah juga mengalami. segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. Kuatlah diri, kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan mereka.

“Sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Cepat atau lambat, hikmah itu pasti akan tersingkap :')





Assalamualai'kum :)

Monday, 28 May 2012

Feel bad :/





The stars lean down to kiss you , And I lie awake and miss you , Pour me a heavy dose of atmosphere -.-
'Cause I'll doze off safe and soundly But I'll miss your arms around me . I'd send a postcard to you dear 'cause I wish you were here :(

I'll watch the night turn light-blue but it's not the same without you , because it takes two to whisper quietly . The silence isn't so bad till I look at my hands and feel sad 'cause the spaces between my fingers are right where yours fit perfectly .

I'll find repose in new way though I haven't slept in two days 'cause cold nostalgia chills me to the bone :'( But drenched in vanilla twilight I'll sit on the front porch all night , waist-deep in thought because when I think of you I don't feel so alone .

I don't feel so alone :')
As many times as I blink , I'll think of you tonight .

When violet eyes get brighter and heavy wings grow lighter , I'll taste the sky and feel alive again . And I'll forget the world that I knew but I swear I won't forget you . Ouh, if my voice could reach back through the past , I'd whisper in your ear , "Oh darling, I wish you were here"





Thursday, 16 February 2012

Temui ayah saya, Itu lebih ' berharga ' ♥

 

Aku : Saya tidak layak untuk awak.


Kau : Kenapa?


Aku : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya ..


Kau : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?


Aku : Awak pintar, awak ada banyak peminat.


Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : Saya juga tidak arif dalam ilmu agama.


Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.


Aku : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.


Aku : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.


Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.


Aku : Awak terlalu sempurna.


Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.


Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.


Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?


Aku : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

.
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”



Wednesday, 15 February 2012

Saya cuma ada Allah


Ya Allah,
Andai aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Andainya dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan andai dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Andai ini bukan masanya,
Andai ini belum saatnya,
Dan andai Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Agar kami tidak mengundang murka-Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati kami beroleh redha Ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang terbaik buat kehidupannya dunia dan akhirat,
Insan yang mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Please Stop Being Emotional About Everything -.-

Forget about anger. It wasn't my choice for this to happen. Think about it, it wasn't all mine to blame. I've done my part, explain and sorry for twice. I'm just a human being made a silly mistakes. Is it so hard to forgive me?  I'll never give up on someone who's worth fighting for. But I just don't know if you're that person anymore .

# But everytime I try to give up on you, hope whispers . "One More Try."

Tuesday, 31 January 2012

POLIGAMI? -..-


Semua orang tahu bermadu tu sakit, dimadu itu sakit. Sakit hati. Ta ade yang paling sakit bagi permpuan selain dimadukan. Tapi, kalu kte "menerimanya sebagai takdir" kte dapat hidup dgn biasa, mcm org biasa :) Tapi realiti, ramai yg tabole terima keadaan macamtu. Ade yg jadi gila, ta full gila pun setengah mereng. Ade yg sampai bunuh diri, yang tinggal rumah lari rumah tayah cakap lah. Banyakk =='

Huu, susah na cakap. Tapi, tu lah kan.
Na buad ape kalau tana kne madu?
Laki tayah la na madu2 sangat kalu ta mampu. Ppuan pun jagalah suami tu elok2, give him d best yang boleh buad dia sentiasa menghargai kita, yg buat dia takan cari dh ppuan lain sbb kita dah lebih dari cukup bg dia. layan dia elok2, dgr ckp dia, jaga mkn minum dia. Sume2 lah kita sendiri tahu kan tanggungjawap isteri mcmana. (Cehh, ckp mcm dh kawen) Hehe. Tadela saya belaja dan saya bkongsi :') Wuuwuu malu.
Okay sambung. Kalu laki tu baru balik keje layan la leklok, umah bg la kemas, makanan bg la sedia. Jangan la husband balik umah baru masuk pintu dah berleter manjang kesian suami tu dah la penat cari nafkah kluage kita kan kan kita pulak bleter lagi knpe balik lambat lah itulah inilah. Rimas lah dia kan kalau isteri dia ta faham keje dia. Huhuu. Pahtu lawo2 la bila depan suami, ni seblom jd isteri bapok cantek, ph kawen baju pehhh. Tiap2 hari mcmtu. Bosan lah kan. Mmg dah kawen kan tapi suami na la jugak tgk isteri dia cantik2. Tade lah dia na pandang org lain lagi :)
TADELA NA MADU-MADU KAN KAN.

Em bagi laki pulak. Kalu isteri tu dah cukup baik, dah cukup semua. Pandai jaga anak, jaga keluarga, maruah, jaga diri, harta, rumah awak, awak sekali, kenapa na cari ppuan lain lagi. Ta munasabah, tu nafsu dah tu. Kalau kaya raya millionare tape jugak na bini banyak-banyak eyh tapi kalu rasa-rasa ta mampu tapayah la nanti awak jugak yang susah. Mne na bg yg tu mkn, yg ni mkn, baru isteri , anak lain lagi. Ingat tau, tanggungjawap suami tu besar :)
BUKAN SENANG TAO TAO.

Oleh sebab tu sama2 lah bertolak ansur. Tunaikanlah tanggungjawap masing-masing dengan baik yeh supaya tade mne2 pihak yg rse kekurangan.

# Peringatan untuk diri sendiri utk masa y akan datang, InsyaAllah .
Hehe .

Oky done, baibai ^^

Saturday, 28 January 2012

Ohh : Drugs -..-

Assalamualaikum wbt :)
Ati tabole tido la mata tana lelap, he. So malam ni ati na cerita sikit sal Dadah. Ta kira lah dadah jenis ape Syabu ke Heroin ke Candu ke asal tgolong dlm kategori dadah . Tetibe buat topik  ne haihh macam tade Idea lain dah kan -.-' HAHA. Takesah la kan. Okay.

Candu, atau heroin & benda-benda lain sama ada pepejal atau cecair yang dikenali dengan nama “dadah” adalah antara benda –benda yang diharamkan oleh syarak tanpa khilaf diantara ulamak-ulamak islam.

Sbbnye .

Tiap2 benda yang bila kita guna,  yg mendatangkan kemudaratan kepada kita manusia ni adalah diharamkan. 


Allah (s.w.t) berfirman :

Yg bermaksud -
t
 (yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung.
(Al-A’Raaf: 157)


Dan dalam firman lain ,



Ÿwur (#þqè=çFø)s? öNä3|¡àÿRr& 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3Î/ $VJŠÏmu ÇËÒÈ

Dan janganlah kamu membunuh dirimu Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(An-Nisa’ :29)


Bila pkara ni dilaporkan pada Saidina Umar al-Khattab, beliau mengadakan syura dengan sahabat-sahabat yg lain. SaidinaUmar, SaidinaAli dan lain2 ulama' bersependapat y mana sekiranya mereka tetap mengatakan bahawa hukumnya adalah haram, maka mereka akan disebat & Sekiranya mereka berkeras mengatakan hukumnya adalah halal mereka akan dibunuh. Begitu juga dengan candu. Sesape yang mengatakan hukumnya adalah haram, kemudian ia menghisapnya, dia dikenakan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali atau empat puluh sebatan. Inilah pendapat yang tepat. Ade pulak tu, sesetengah fuqaha tidak mengatakan hukumannya adalah sebat, sbb mereka anggap yg ia hanya menghilangkan akal tanpa memabukkannya, sepertimana banj dan lain-lain benda yang menghilangkan akal tanpa memabukkannya. Tetapi kesemua benda-benda yang disebutkan tadi adalah haram secara ijmak muslimin. Sekiranya ia memabukkan, maka hukumannya adalah sebat seperti juga arak kan? Sekiranya tidak memabukkan, hukumannya ialah takzir yang lebih sedikit daripada hukuman arak. Barangsiapa yang beriktikad hukumnya halal menjadi kufur dan dihukum bunuh. 


Senanye candu jugak memabukkan sama mcm arak. Sesape yang makan akan khayal dan ketagih tidak seperti banj dan yang seumpamanya yg mna ia tidak menyebabkan khayal dan ketagih. Mengikut kaedah syarak, setiap perkara maksiat yang memberahikan serta membawa kepada ketagih seperti arak dan zina dikenakan hukuman hudud. Manakala maksiat yang tidak memberahikan dan tidak membawa ketagihan seperti memakan bangkai dikenakan takzir. Candu senanya merupakan ssuatu yang membawa ketagihan yang amat susah utk ditinggalkan, nas-nas dalam al-quran dan sunnah yang mengharamkan memakan benda-benda yang diharamkan juga mencakupi memakan benda benda-benda lain yang memabukkan. 

Ditempat lain menambah: ‘Dikalangan manusia ada yang berkata: “Sesungguhnya candu itu mengubah akal bukan memabukkannyaa seperti juga banj. Tetapi pada hakikatnya tidak begitu. Candu membangkitkan khayalan, angan-angan dan ketagihan seperti juga arak. Inilah faktor yang menarik seseorang untuk memakannya. Memakannya sedikit membawa kepada banyak tidak ubah seperti arak. Kebiasaannya kesan ketagihan candu pula lebih dasyat daripada arak. Kemudaratannya pula daripada beberapa segi adalah adalah lebih teruk daripada arak. Dengan sebab itu fuqaha telah berkata : ‘Ia wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana juga arak.’ 

Oleh yang demikian nyatalah kepada kita bahawa candu, afyuun, heroin dan jenis-jenis dadah yang lain terutamanya jenis-jenis yang berbahaya yang diberi nama sebagai ‘racun putih’ dan sebagainya adalah haram secara ijmak muslimin. Malahan ia tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar yang dilarang. Pemakannya mesti dihukum manakala pengedarnya patut dijatuhkan hukuman bunuh kerana mereka ini memperniagakan nyawa umah demi mencari kekayaan dunia .

END .

Sumber Rujukan :
Credit to :
#    FATWA MASA KINI
 Jilid 7 & 8 

:) Dr. Yusuf Al-Qardawi

#   METOD FATWA AL-QARDAWI DALAM MENANGANI ISU-ISU SEMASA

:) Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari


I'm Done :)
Night. Salam 




Thursday, 19 January 2012

Cit ! Cit !

Assalamualaikum :)


Hey harini ati na ctew sket sal org y ske ngat sebut cit cit .
Org mcmni biasanya angon tido je cit ! cit ! Da la ta doa, sket2 cit ! cit !  Ta rasa bersyukur yg Allah bangkitkan dia dpd kematian y sekejap =.=

Bacalah doa, ta susah pun kan ?
"Alhamdulillahillazi akhyana ba'da ma amatana wa ilaihi nusyur" dah. Tbuka lah ikatan syaitan yg pertama. Masuk bilik air ambil wudhu' terbuka ikatan kedua dan angkat takbiratulihram, terbuka ikatan ketiga :)

Ta pun ketawa, kalau rasa memang tabole na ketawa pagi-pagi senyum lah :) Tahu lah stress, dwet tade bulan tua. Ptptn pun ta masuk lagi, tapi senyum lah utk kelihatan stabil :)

# Sebolehnya ceriakanlah hidup ni setiap saat dan waktu. Senyum walaupun tabole sgt na senyum, ketawa walaupun ta berapa bole na ketawa. Tipu minda konon-konon kita tade masalah. Tengok cermin dan katakan dengan yakin, aku okey :)

Monday, 16 January 2012

Missing someone .



I think I miss you that I feels like I was going to die .
# Imissyoubadly :'(

Tegur kerana sayang ♥


" Awak, macam mana ye? Saya ta reti la na menegur orang. Kadang tu dia buat salah, tapi saya ta sampai hati la na tegur " Luah seorang sahabat.


"Kenapa, awak takut yeh nak tegur dia?" Saya pula menyoal.


"Bukan, tapi.. Entah ! Saya rasa susahnya nak bagitahu kesalahan yang dia lakukan. Nanti, apa pula katanya bila saya tegur dia. Mesti dia terasa hati "


" Eh, boleh pulak macam tu ya? Oky, sebelum saya bagi pandangan, saya na tanya. apa tujuan awak nak tegur dia? "


"Hmm, mesti la nak suruh dia sedar akan kesilapan dia, dan nak dia terus dalam kebaikan "


"Hah, so apa tunggu lagi? Apa yang awak takutkan?"


Dia menjungkit bahunya.


"Awak, matlamat awak jelas! Awak na dia sedar akan kesilapan dan na dia terus dalam kebaikan. Jadi tegurlah!

***

Bukan mudah untuk menegur orang. Boleh jadi, orang yang kita tegur akan marah semula pada kita, dan boleh jadi dia akan terasa hati selepas kita menegurnya lalu menjauhkan diri dari kita. Itu kesannya jika kita mengambil langkah untuk menegurnya.


Bagaimana pula jika kita terus mendiamkan diri? Apa pula yang bakal terjadi? Boleh jadi dia akan selamanya dalam keburukan, dan boleh jadi dia akan lupa dan tidak sedar bahawa apa yang dia lakukan itu bukanlah suatu kesalahan dan dosa.


Antara dua tindakan, mana satu yang lebih baik?


Mungkin, di antara kita akan terus berkira-kira lagi .


'Nanti, dia akan marah, tak pun dia akan terasa hati. yelah, manusia mana yang suka ditegur?'


Jawapannya, manusia mana yang maksum? manusia mana yang tidak lakukan kesilapan? Semua orang punyai kebarangkalian untuk buat silap. Jadi penawar terbaik adalah teguran. Siapa lagi yang layak menegur, jika bukan kita yang melihat .


Teguran bukti kasih sayang.


' Saya sayang dia, sebab itu saya takut na tegur, nanti dia akan menjauhi dirinya dari saya '


Tapi, relakah kita melihat dia selamanya dalam kemungkaran? Jika kita terus diamkan diri, adakah itu buktinya kita sayangkan dia?


Kasih sayang kerana Allah, adalah kasih yang tidak berpenghujung. Bukan sekadar di dunia, tapi untuk kesinambungan di akhirat sana. Kadangkala, melihat dirinya, membuatkan diri kita berdoa di dalam hati supaya kita akan terus bersamanya di syurga nanti. Namun, bagaimana kita ingin pastikan dia dan kita menuju jalan yang di redhai, jika kesalahan yang dia lakukan walhal di depan mata kita sendiri, kita tak mampu menegurnya?


Tegurlah kerana Allah, dan kerana matlamat akhirat.


Soal dia terasa hati, atau marah kembali kepada kita yang menegur, letaklah pada soal yang kedua. Yang pertama, bertindaklah menjernihkan sesuatu yang salah dengan memberi kefahaman yang betul kepadanya. Soal kefahaman, adalah hak Allah. Tugas kita yang melihat, adalah menyampaikan kebenaran dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh sahabat yang kita sayangi. Mungkin boleh jadi, dengan usaha kita hanya kerana Allah itu mampu membuka hatinya lantas berubah ke arah kebaikan.


Sedangkan, Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah, ketika mengalihkan 'pandangan' baginda daripada Abdullah Bin Ummi Makhtum yang dikisahkan dalam surah Abasa.


Walhal, Baginda SAW yang bersifat maksum juga, ditegur oleh Allah akibat kekhilafan yang ditunjukkan untuk ummat Baginda seolah-olah berkata bahawa pembaikan pada sesuatu jalan keburukan itu perlu dilakukan dengan teguran yang bermatlamat.


' Macam mana nak tegur dia?'


Berhikmahlah. Aturkan bahasa sehikmah mungkin. Nyatakan kesalahan apa yang dia lakukan, dan nyatakan juga apa seharus dia lakukan. Jelaskan pembaikan, dan berjanjilah dengannya supaya pembaikan itu dilakukan bersama-sama. Tegurlah dari hati, pasti akan sampai juga pada hatinya. Di akhirnya, jelaskanlah tanpa malu...bahawa tindakan menegurnya adalah tanda sayangnya kita pada dirinya usaha untuk kita terus bersamanya di dalam kebaikan. Sama ada, reaksinya faham atau tidak, dapat terima dengan negatif atau positif, pulangkan pada Allah yang Maha Memegang hati-hati hamba-Nya.


Kerana itu, tindakan akhirnya...doa.
Berdoalah semoga dia mampu berubah..dan semoga kita mampu menjadi orang tengah di antara dia dengan jalan kebaikan.


Jadi, tegurlah.... Jika kita sayangkan dia..dan berniat untuk bersamanya di syurga kelak.


****

#  Coretan ni saya ambik dpd blog inilah fitrahku . Saya tertarik dgn isinya :')
Terima kasih. Saya akan ambil sebagai iktibar .


Wallahualam .

Monday, 9 January 2012

Lelaki Hensem (◕‿◕)



*Extra*

 # Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
 # Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
# Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
# Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati :)



Sekian ,
Jumpa lagi . 


Friday, 6 January 2012

Essay ! -.-

Assalamualaikum wbt :')

Mood : FRUST & BINGUNG 

Penyebab : Tadi ati pegi submit tajuk utk English IV kat our lecturer Sir Hakiman  utk confirm kan tajuk ape ati na buad for this sem. TAPI, tajuk yg ati na buad tu kene reject ( I means 'Obesity should be expose among people ) .  Sgtlah frust sbb ati btol2 na buad tajuk tu :'( Tapi sbb dah memang tabole tpkse lah  digantikan dgn tajuk "Should animal be used for a scientific research"

Man.
What should i do with this title . 
Frustnye =='

Okey la. Enough to say .
Pasrah itu redha .
Hope ati bole bawak & buad tajuk ni dgn baik .
Aminn .

# Done .
- ATI -


Thursday, 5 January 2012

Derma Darah !

Assalammualaikum wbt .

Hey. Harini ati g derma darah tautau :D Walaupun ni 1st time & ati rasa sgtlah berdebar, tapi Alhamdulillah, lepas jugak :) Skenyeee dpt derma darah. Hee. Ati takut jarum senanye tp bila fk balik sampai bila na takut, ati teruskan jew niat menderma :) Ade jugak guna darah tu nanti kan. Ade org yg memerlukan ^^

Hm. TAPI 
Lepas jew derma td, effect dia ati jg ngantuk sgt. Ta larat na tahan mata. Kepala pun pening. Badan pun rasa lemas jew . Mb sebab ni first time bg ati kan. Pastu ati balik bilik ati tido la kejap jam 2lbh tu, jam 3sku patutnye ade kelas nan Ustazah Norillah, kelas bahasa Arab. TAPI kan, sebab keadaan ati mcmtu, ati ta pegi pun kelas. Sedihnye -.- Ustazahh, maafkan ati  . Kelas minggu depan ati janji ati pegi eh2 . Hehe .

Ok .
Ape2 pun ati bahgia sgt harini sbb ati da ta takowt jarum. Wahaha :D Oh ye. tadi, adi pun derma sama . Bagus2 camtu la baru sehati sejiwa. Haha . Tetibe :)
# Btw' Credit to the campaign :)
Nanti na derma lagi !

Bye .