Tuesday, 27 August 2013

Kisah 3 orang sahabat

Harini nak bercerita mengenai kisah tiga orang sahabat. Bismilahirrahmanirrahim.

Kisah si bambam, si kurus dan si tudung. 

Mereka bertiga berkawan ketika masing-masing menuntut di Kolej lagi. Hubungan mereka sangat akrab. Tiada rahsia yang di simpan antara mereka. Setiap perkara diberitahu tanpa rasa takut rahsia mereka terbongkar. Si kurus merupakan seorang yg cantik dan pandai (sila pengsan), si bambam seorang yg cantik dan juga pandai, begitu juga dengan si tudung. Mereka bertiga mempunyai kelebihan yang Allah berikan iaitu kecantikan fizikal dan otak yg cerdik.

Perkenalan mereka bermula sewaktu awal pengajian mereka di Kolej. Pada mulanya, mereka tidaklah begitu rapat tetapi, ukhuwah antara mereka bertambah akrab ketika mereka bertiga masuk sebagai perseta Nasyid bagi Konvokensyen anjuran Kolej mereka di Dewan Jubli Perak Kuantan, Pahang. Hari demi hari yang mereka luangkan bersama menambahkan lagi keakraban antara mereka bertiga. Sepanjang perkenalan mereka bermacam2 dugaan yang mereka tempuhi. Pernah juga mereka bertelingkah sesama sendiri, tetapi ukhuwah yang kuat antara mereka membuatkan mereka sukar untuk dipisahkan.

Dlm mereka bertiga, si tudung sahaja yg memakai tudung. Kuasa Allah SWT, si tudung diberi hidayah untuk berubah. Dari penggemar fashion, jadi seorang muslimah yg benar-benar menutup aurat. Banyak perubahan yang berlaku pada diri si tudung. Banyak dugaan yg berat diterima. Hanya pada si kurus dan si bambam sahaja dia mengadu. Walaupun mereka berdua tidak memakai tudung, tapi mereka menerima si tudung walaupun dia berubah kerana perubahan dia ke arah kebaikan.

Dalam diam orang mengutuk mereka bertiga, tapi hanya Allah SWT Maha Mengetahui apa yg berlaku. Si tudung tanpa jemu dan bosan mengajak si kurus dan si bambam untuk berubah sama. Dia tidak memaksa, dinasihatkan dgn cara yg lembut. Sedikit demi sedikit, si kurus dan si bambam cuba untuk berubah. Tanpa jemu si tudung menasihat, mengajak menghadiri majlis ilmu. Manusia tidak pernah berhenti menghukum. Ketika ingin berubah, si kurus dan si bambam mendapat cacian yg banyak, pandangan sinis tanpa henti. Hampir mereka berdua putus asa.

 "Sabarlah wahai sahabat, aku paham perasaan kau kena caci, kena pandang sinis tp kita kena kuat. Kuat kerana Nya". 

"Mungkin susah bagi kau sebab dari tidak bertudung ke bertudung, tp nak Syurga kita kena berkorban kan?" 

"Pakaian di Syurga itu tidak terkata mahalnya, jadi kita kena berkorban. Sabarlah wahai sahabat." 

"Jangan mengalah saat kau ingin berubah, tapi bangunlah saat kau jatuh. Kau kuat, percayalah."

"Airmata bukan tanda kita lemah, tapi tanda kita kuat demi melawan nafsu. Sabarlah." 

Tak putus-putus nasihat diberikan oleh si tudung. Sehinggalah tamat pengajian mereka di Kolej itu. Berpisahlah mereka bertiga dengan hati yg berat. Bengkak mata mereka menangis. Kuatnya ukhwah antara mereka. 

Hidayah Allah SWT itu unik belaka, berubahlah si kurus dan si bambam. Berubahlah mereka menjadi muslimah. Ukhwah antara mereka bertiga sangat akrab, dibina kerana agama Nya. Indahnya ukhwah itu. Sampai ke saat ini mereka masih mengekalkan ukhwah itu. Tidak pernah sesekali goyah. 

Pesanan mereka bertiga buat para muslimah dan sahabat di luar sana,

"Kawan yg baik adalah kawan yg sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan, bkn mengheret ke lembah kehinaan. Semoga kita semua menjadi bidadari Syurga kelak, InsyaAllah dan berjiran di sana." 

Alhamdulillah, tamat sudah. Semoga bermanfaat untuk para muslimah di luar sana :)


* Rindukan mereka,






Meymei Azmilah, Sharifah Nurul Ain.

Lots of Love, HayatiJplee. :')


No comments: