Sunday, 3 November 2013

Asif jiddan.

Assalamu'alaikum. 

Cuti cuti berblog dah lama, sekarang dah sampai masa untuk mengupdate nya. Hihi. Untuk entry kali ni, saya, dengan rendah diri, tujukan entri ni khas buat seseorang yang saya anggap sahabat dan in sha Allah, saya tetap akan menyayanginya hingga ke syurga Allah. Siapa dia, biarlah saya, dia, dan Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu.


*NHJ*
*NAS*


Jika ditakdirkan Allah, sahabat membaca entri ini, maafkan lah saya andai saya pernah ada terkasar bahasa, tersinggung kan perasaan awak bila bila, terbuat awak marah tanpa sengaja, terundang rajuk tak semena mena. Tapi dengan jujur saya katakan duhai sahabat, sampai skrg saya masih belum tahu, apa salah dan silap  saya, hingga awak jauhkan diri dan mengelak drpd diri saya yg hina ini. 

Facebook, awak dah block.
Whatssap, juga serupa.
Puas saya mencari jalan, untuk meminta maaf, tapi tiada balasan.
Cuba untuk bertanyakan, tapi tiada jawapan.
Mungkin, saya dah terlalu menyakiti, hati yang baik dan lembut itu, hingga tiada lagi ruang kemaafan yang layak diberikan.

Sahabat, 
Andai saya pernah tersalah, betulkanlah, tegurlah dengan baik.
Dgn berdiam diri, tidak akan menyelesaikan masaalah. Jauh lagi untuk memujuk diri.
Jangan simpan marah dalam hati, jangan pendam dendam terlalu lama.
Saya insan lemah, lagi dhaif, tak sempurna, sentiasa berbuat salah pada Dia, inikan lagi pada manusia.




Moga Allah membukakan hatimu duhai sahabat,
In sha Allah, dengan izinNya, dengan izinNya.




Friday, 30 August 2013

Semoga Allah merahmati, memurahkan rezeki dan melapangkan bagimu hatimu :')

Assalamua'laikum wbt.

Nak memulakan cerita, adelah sorang insan ni, lembut sangat hati. Baik budi. Banyak tabur bakti, kalau cerita pun, nak kata sampai bila bila pun jasanya tak terbalas.

Pakcik Sam. Saya mula kenal dia umur 18belas tahun. Raya tak silap masa tu, dia balik beraya kat Sabah, dengan makcik. Pakcik ni jugak lah yang sambut dan jemput kitorang kat airport masa 1st time saya datang Semenanjung sebab nak sambung belajar dekat Kipsas. Memandangkan pakcik ni berasal dari Temerloh, Pahang, dia lah yang banyak sangat membantu kitorang urus pendaftaran and macam macam lagi lah cekadak saya masa tu. Kesian pakcik T-T

Oh lupa saya nak kenalkan, pakcik ni adalah kekasih hati, merangkap buah hati pengarang jantung, intan payung emas berlian, dan juga kekasih hati juga paru-paru kepada makcik saya (yakni kakak kepada mak) yang amatlah saya sayang. Cehh. XD


Inilah orangnya. Tadaaaaaaaaaa ~ Swagg ~ Haha. Kelas kau pakcikk!


"Kau punya angpau paling banyak sekali, tak percaya kira" kata pakcik. Melopong dua orang seblah aku tengok baq hang. Hahaha XD



Bukannya apa, nak kata saya sangatlah terhutang budi dengan pakcik. Pakcik banyak tolong saya, dari mula saya belajar sampailah saya habis belajar dan walaupun saya dah bekerja sekarang, (sementara tunggu panggilan U), still bantuan datang tanpa diundang, tak putus dihulurkan dari dia. Sangat terharu, sebakk. T-T Tsk tsk, mudah-mudahan satu hari nanti saya jadi seorang insan yang berguna dan berupaya untuk balas jasa baik kedua ibu bapa saya, keluarga saya, saudara mara, sahabat sahbiah, insan insan yang dikenali dan takkan terlupakan pakcik yang saya sayang. Jasamu akan  sentiasa ku kenang T-T Sob sob.

Dalam masa susah ke, senang ke, pakcik ni akan sedaya upaya untuk bahagiakan sesiapa sahaja, sedangkan dia serba kurang. Tak pernah kedekut, tak pernah pentingkan diri. Even dia tak ada duit, once dia tahu ada yang lebih memerlukan, duit tu akan dihulur pada yang perlu. Kadang dia sendiri tak makan sebab nak senangkan/mudahkan orang lain. Mana kau nak cari orang macam ni? Tak ada. Jarang sangat ada.

Masih ingat lagi masa duduk kolej dulu, minggu2 pakcik kirim duit, even dia sendiri tak ada duit. T-T Sampailah habis kolej dan sampailah sekarang. Masa mula2 datang nak kerja dekat sini(Kuantan/Firma), kena cari rumah sewa, pakcik lah yang tolong cari. Dah jumpa, pakcik pula yang nak bayar. Pendek kata, semua yang ada dalam rumah ni, darilah bil air bil api dan segala macam bil yang lain, pakcikk.. pakcikk yang nak bayar T-T Kau tak gembira ke ada pakcik yang baik macamni? Alhamdulillah, saya sangat bersyukur.

Allahh Allahh.. doa saya, 

Semoga Allah memudahkan semua urusan pakcik dunia akhirat, 
Semoga Allah lapangkan bagi pakcik segala masalah yang sesakkan dada,
Semoga Allah murahkan dan limpahkan rezeki pakcik berlipat kali ganda,
Semoga Allah sentiasa menjaga pakcik dibawah perlindunganNya,
Dilapangkan dada,
Dilanjutkan usia,
Bahagia, didunia dan di akhirat sana.

Amin amin ya Allah.

Moga saya berjaya mengejar cita cita, jadi orang yang berguna, dan mampu membalas jasa keluarga dan pakcik juga satu hari nanti, in sha Allah. Doakan ;')


* Kadang kadang terluka bila tengok orang yang kita sayang terluka, nak tengok pun tak mampu, nak tolong tak berdaya, Allah, berikanlah kekuatan padanya, kerana Engkau lah yang Maha Memegang hati hamba hambaMu. Ubatilah hati yang tersakiti itu, sedarkanlah hati batu yang menyakiti "hati emas" itu *









Tuesday, 27 August 2013

Kisah 3 orang sahabat

Harini nak bercerita mengenai kisah tiga orang sahabat. Bismilahirrahmanirrahim.

Kisah si bambam, si kurus dan si tudung. 

Mereka bertiga berkawan ketika masing-masing menuntut di Kolej lagi. Hubungan mereka sangat akrab. Tiada rahsia yang di simpan antara mereka. Setiap perkara diberitahu tanpa rasa takut rahsia mereka terbongkar. Si kurus merupakan seorang yg cantik dan pandai (sila pengsan), si bambam seorang yg cantik dan juga pandai, begitu juga dengan si tudung. Mereka bertiga mempunyai kelebihan yang Allah berikan iaitu kecantikan fizikal dan otak yg cerdik.

Perkenalan mereka bermula sewaktu awal pengajian mereka di Kolej. Pada mulanya, mereka tidaklah begitu rapat tetapi, ukhuwah antara mereka bertambah akrab ketika mereka bertiga masuk sebagai perseta Nasyid bagi Konvokensyen anjuran Kolej mereka di Dewan Jubli Perak Kuantan, Pahang. Hari demi hari yang mereka luangkan bersama menambahkan lagi keakraban antara mereka bertiga. Sepanjang perkenalan mereka bermacam2 dugaan yang mereka tempuhi. Pernah juga mereka bertelingkah sesama sendiri, tetapi ukhuwah yang kuat antara mereka membuatkan mereka sukar untuk dipisahkan.

Dlm mereka bertiga, si tudung sahaja yg memakai tudung. Kuasa Allah SWT, si tudung diberi hidayah untuk berubah. Dari penggemar fashion, jadi seorang muslimah yg benar-benar menutup aurat. Banyak perubahan yang berlaku pada diri si tudung. Banyak dugaan yg berat diterima. Hanya pada si kurus dan si bambam sahaja dia mengadu. Walaupun mereka berdua tidak memakai tudung, tapi mereka menerima si tudung walaupun dia berubah kerana perubahan dia ke arah kebaikan.

Dalam diam orang mengutuk mereka bertiga, tapi hanya Allah SWT Maha Mengetahui apa yg berlaku. Si tudung tanpa jemu dan bosan mengajak si kurus dan si bambam untuk berubah sama. Dia tidak memaksa, dinasihatkan dgn cara yg lembut. Sedikit demi sedikit, si kurus dan si bambam cuba untuk berubah. Tanpa jemu si tudung menasihat, mengajak menghadiri majlis ilmu. Manusia tidak pernah berhenti menghukum. Ketika ingin berubah, si kurus dan si bambam mendapat cacian yg banyak, pandangan sinis tanpa henti. Hampir mereka berdua putus asa.

 "Sabarlah wahai sahabat, aku paham perasaan kau kena caci, kena pandang sinis tp kita kena kuat. Kuat kerana Nya". 

"Mungkin susah bagi kau sebab dari tidak bertudung ke bertudung, tp nak Syurga kita kena berkorban kan?" 

"Pakaian di Syurga itu tidak terkata mahalnya, jadi kita kena berkorban. Sabarlah wahai sahabat." 

"Jangan mengalah saat kau ingin berubah, tapi bangunlah saat kau jatuh. Kau kuat, percayalah."

"Airmata bukan tanda kita lemah, tapi tanda kita kuat demi melawan nafsu. Sabarlah." 

Tak putus-putus nasihat diberikan oleh si tudung. Sehinggalah tamat pengajian mereka di Kolej itu. Berpisahlah mereka bertiga dengan hati yg berat. Bengkak mata mereka menangis. Kuatnya ukhwah antara mereka. 

Hidayah Allah SWT itu unik belaka, berubahlah si kurus dan si bambam. Berubahlah mereka menjadi muslimah. Ukhwah antara mereka bertiga sangat akrab, dibina kerana agama Nya. Indahnya ukhwah itu. Sampai ke saat ini mereka masih mengekalkan ukhwah itu. Tidak pernah sesekali goyah. 

Pesanan mereka bertiga buat para muslimah dan sahabat di luar sana,

"Kawan yg baik adalah kawan yg sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan, bkn mengheret ke lembah kehinaan. Semoga kita semua menjadi bidadari Syurga kelak, InsyaAllah dan berjiran di sana." 

Alhamdulillah, tamat sudah. Semoga bermanfaat untuk para muslimah di luar sana :)


* Rindukan mereka,






Meymei Azmilah, Sharifah Nurul Ain.

Lots of Love, HayatiJplee. :')


Monday, 15 July 2013

Pakai Tudung On and Off?

Assalamualaikum..

Rata-rata mereka yang tidak bertudung selalu mengguna pakai alasan "saya tak nak jadi hipokrit", "nak buat satu benda tu kena la ikhlas" and "saya tak ready lagi". Dulu saya sendiri pun rasa terpaksa, tapi dari keterpaksaan yang saya buat tu lah saya mampu untuk buat dengan ikhlas sampai harini. Benda, kalau kita hari2 buat, akan terbiasa, percayalah.

Kalau nak tunggu ready, sampai bila, kalau diri sendiri tak pernah nak usaha sampai ke tahap tu pun? Hidayah tu, Allah yang tentukan siapa yang Dia nak kurniakan. Tetapi kalau kita tak usaha untuk MEMBURU hidayah tu, macam mana nak dapat?

‎"You may dislike the thought of wearing the Hijab and keep saying that you’ll wear it when you’re older. Truth is one day you’ll be covered from head to toe and lowered into your grave. Dont let your last day on earth be the first day you wear your Hijab." (Tumblr)

Awak tahu bila awak mati? Entah-entah esok, atau lusa, atau esok sebelum berbuka puasa, atau selepas Raya. Nak finally pakai tudung bila dah dalam kain kapan? Nak? Naak? NAAKK KEE??!

Bila keluar dengan kawan stok-stok pelajar maahad, tahfiz,anak ustaz, anak imam boleh lah pkai tudung. Sebab tak nak jadi black sheep kaan. Malu pulak kalau kita sorang je free hair. Tapi asal keluar nak shopping dengan kawan stok-stok pakai skinny jeans dan legging, kaki clubbing, tudung buat alas meja je! Pun sebab tak nak jadi black sheep. Segan ke apa kawan lain semua boleh tunjuk rambut, kita sorang kena pakai tudung? Malu ke jadi perempuan mahal yang tahu menjaga aurat?

Asal datang Ramadhan je, pakai tudung, tapi asal Raya je, bukak. Lepas tu nak nampak dia pakai tudung pulak, tunggulah Ramadhan akan datang.

Jadi pelik. Apasal ni? Tudung boleh main-main macam suis ke? Sekejap on sekejap off? Suis pun kalau main sangat boleh meletup taw! Kalau macam tu kenapa pakai tudung in the first place? Nak hormat Ramadhan je? Bulan lain? Owh, Time Ramadhan je la kena ingat keterampilan muslimah, time bulan lain tak payah?

Oh hello ladies.. kita bukan cakap pasal occasion apa, atau bulan apa sekarang ni, kita bercakap tentang agama yang kita anuti, yang kita nak bawak sampai mati. Islam is a way of life! Kenapa tak boleh pilih satu je?? Kenapa tak boleh tetapkan pemikiran tu untuk satu je? CHOOSE WHAT PLEASED ALLAH THE MOST THAN YOURSELF!

Kenapa semua orang suka menidakkan apa yang Allah tetapkan? Pastu perbahaskan bagi contention ni, arguments ni, premise ni. Kau siapa bagus sangat nak menafikan apa yang Allah dah tetapkan?

Sekarang ni semua pakat nak jadi law student berkelas atasan macam tengah tunggu panggilan ke Bar Council membangkitkan isu HAK ASASI.

"Aku tak nak pkai tudung, suka hati aku lah, itu hak asasi aku. Perkara 5-13 dalam Perlembagaan Persekutuan!"

Kau baca Perlembagaan Persekutuan je? Kau ada bukak Al-Quran? Kau ada study hadis?

Eh, saya ada je buka Al-Quran. Ni haa.. "Tiada paksaan dalam agama"

Wah! Pandai kau main ayat Al-Quran untuk jadikan alasan kau tak tutup aurat. Well, thank you Ustaz Azhar Idrus, baru aku tahu bahawasanya ayat 'tiada paksaan dalam agama' tak boleh pakai kepada orang Islam. Maksudnya, orang Islam tak boleh berselindung di sebalik ayat ni untuk membolehkan mereka membuat perkara yang Allah larang. Sebaliknya, ayat tu hanya kepada orang bukan Islam yang mempunyai pilihan untuk memeluk agama Islam atau tidak.

SO PLEASE! Jangan suka hati je pandai-pandai pakai ayat tu, because walaupun tiada paksaan, atau BELUM ada paksaan yang wujud dalam komuniti seperti undang-undang dan hukuman tak memakai tudung, balasannya, ada di akhirat kelak.

Menutup aurat itu WAJIB dan Allah tak suruh kita tutup aurat dengan hanya memakai tudung. I think you know what I mean. Hijab and leggings cannot go together. Like hijab and short sleeves. and other fashion styles that people always misunderstood to be appropriate, but the truth is, IT IS NOT!

Kita kawan ni, kadang-kadang nak cakap serba salah, tak cakap pun rasa tak kena, last-last, macam ni lah. Menyesal sebab tak jaga kawan elok-elok.

Kalau ada orang nak terasa ke tersinggung ke mintak maaf lah. Ni sayang dan ambil berat punya pasal, post macam ni wujud. Yang baca ni, kita kenal ke tak, tu belakang kira, nasihat ni untuk semua. Awak, dia, mereka dan juga peringatan buat saya.

Sekian. Sumber #Ratutakcantik.

Wednesday, 22 May 2013

When Allah is your friend, who is your enemy?

Dia dihujani bermacam-macam dugaan yang berat dalam hidupnya. Dia yang tidak berupaya itu tidak punya bapa lagi. Dengan kakinya yang lumpuh dan kehidupannya yang miskin, seolah-olah dah tak ada sebab untuknya meneruskan hidup. Tapi, dia masih tersenyum :)

Ketika ditanya, siapa yang akan menjaganya pada hari kematian ibunya (bapanya telah meninggal dunia), dia menjawab, "Allah." "Allah yang telah menciptakan aku begini, maka Dia lah yang akan menjagaku."

Dia di tanya, "Apa impianmu?". Dengan yakin dia menjawab, "Aku ingin mempunyai seorang anak lelaki yang akan menjadi ulama."

Bertahun-tahun telah berlalu sejak berlaku dialog itu, dan nyata, apa yang dia impikan telahpn menjadi kenyataan. Dia telah berkahwin dan mempunyai anak lelaki dan dia juga mempunyai perniagaan yang berjaya untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Siapa menjaganya, "Allah". :')

Terpegun sendiri membaca lembaran kisah itu yang disimpan bertahun-tahun lalu. Kisah si cacat yang memiliki hati emas. Orang selalu kata, tak apa kalau kaki yang sakit, asalkan hatinya sihat. Sekarang baru saya faham apa sebabnya:

"Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tak boleh berjalan. Tapi dengan hati yang sakit, kita akan kehilangan tujuan dan juga harapan. Ramai orang, mempunyai fizikal yang sihat, tapi hatinya sakit dan hidupnya melarat. Miskin dalam kekayaan. Derita dalam keseronokan. Dan lebih ramai orang yang cacat kakinya hidup ceria, berbanding orang yang sihat dan juga kaya."

Tuhan Maha Adil kerana tidak meletakkan kebahagiaan pada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika tidak; si miskin, si hodoh, si marhaen dan 'kelana tanpa nama' akan kecil hati kerana terpaksa dipinggirkan. Allah tak zalim :) DIA, meletakkan kebahagiaan pada ketenangan hati - yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita, hamba atau raja, yang sempurna atau yang serba tiada.

Ketika kita ditimpa saat yang paling kritikal dalam hidup -perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian - jangan lari, hadapi. Walaupun pedih, sedih dan tersisih, tunggu dan hadapi. Jika terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura. Jangan bermuka-muka. Kerana bila dah sampai ke dasar yang palingg bawah, bilamana kepala yang dijulang dh menjunam ke dalam jurang, ketika itulah peribadi kita akan naik semula. Membayar yuran pada kejayaan setelah merasa kepahitan pada ubat yang telah ditelan.

"Wahai diriku, tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali dengan kembali kepada Allah. Perkukuh solat lima waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa untuk membaca al-Quran dan berselawat ke atas nabi kita. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik ataupun diam. Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk dikawal. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu daya dan diskriminasi manusia."

Yang lemah akan mendapat kekuatan bila hati bertawakal kepada Allah.
Yang miskin akan kaya bila ada qanaah didalam jiwa.
Bila sakit, sabar memberi kesihatan di sanubari yang lebih bermakna.

Memang betul apa yang selalu di ucapkan oleh ahli-ahli hikmah,

       "Apabila kau hilang segala-galanya, barulah kau temui dirimu sendiri."





Saturday, 18 May 2013

Airmata 12 Rabiul Awwal ~



Rasulullah SAW mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya "Giliranku esok dimana?" "Dimana aku esok?" Isteri-isteri yang penuh dengan kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta untuk memilih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah SAW memilih rumah si pipi merah, Aishah binti Abu Bakar. Rasulullah menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah Aishah.

Di rumahnya, Aishah membacakan surah al-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, lalu meniupkan ke seluruh tubuh baginda SAW sambil mengharapkan keberkatan. Demikianlah kasihnya Aishah kepada Rasulullah SAW seorang isteri kepada kekasih Allah.

Sayangnya Nabi SAW kepada umatnya. Di akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi SAW meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda berbunyi:

"Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid". Baginda meneruskan nasihatnya: "Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah".

Baginda SAW juga tetap mengimami solat berjemaah sehinggalah solat maghrib pada hari keempat sebelum ajalnya tiba. Menjelang Isya', sakit baginda SAW semakin parah. Tetapi sakitnya itu tidak menghalang Rasulullah SAW daripada mengambil berat tentang solat jemaah umatnya. Baginda SAW berkata:

"Adakah semua orang telah mendirikan solat?"

Jawab para sahabat: "Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu."

Baginda berkata: "Sediakan bekas air untukku" Lalu para sahabat melakukannya, nabi SAW cuba untuk menyegarkan dirinya dengan air tersebut. Baginda cuba bagun tetapi tidak mampu. Sakit masih mencengkamnya. Baginda SAW jatuh pengsan.

Nabi SAW terjaga lalu bertanya: "Adakah semua orang telah mendirikan solat?" Para sahabat menjawab: "Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu." Baginda SAW menyegarkan lagi dirinya dengan air, tetapi masih tidak terdaya. Baginda bertanya lagi berulang kali: "Adakah semua orang telah mendirikan solat?" Namun sahabat yang ada masih memberikan jawapan yang sama. Berulang kali soalan itu ditanya oleh baginda namun baginda terlalu gering, tidak mampu untuk mengimamkan solat, walau sudah berulang kali baginda berusaha untuk menyegarkan badannya. Akhirnya, nabi SAW menyuruh Abu Bakar mengimamkan solat menggantikan baginda. Abu Bakar memikul amanah itu semenjak hari itu, dia telah mengimamkan sebanyak tujuh belas kali solat fardhu.


Senyuman Subuh Terakhir -

Umat Islam sedang mendirikan solat Subuh bersama Abu Bakar. Tiba-tiba Rasulullah SAW menyingkap tabir di bilik Aishah lalu memandang ke arah mereka yang sedang melakukan solat. Baginda tersenyum dan tertawa. 


Tangis dan Tawa Fatimah -

Pagi itu, nabi SAW membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah. Fatimah menangis mendengarnya. Kemudia baginda memanggil puterinya sekali lagi, lalu berbisik. Kali ini Fatimah ketawa keriangan. Aishah dan isteri yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah, dia menjawab: 

"Rasulullah saw membisikkan kepadaku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian baginda membisikkan pula kepadaku bahawa akulah ali keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, aku pun ketawa".

Fatimah puteri Rasulullah SAW berasa kasihan kepada ayahnya yang kesakitan, lalu dia berkata kepada ayahnya: "Alangkah deritanya ayah.." Nabi SAW menjawab: "Selepas ini tidak akan ada lagi penderitaan atas ayahmu." 

Baginda juga meninggalkan wasiat terakhir buat umatnya: "Jagalah solat.. Jagalah solat.. dan hamba-hamba yang dimiliki.."


Di atas pangkuan Aishah -


Nabi SAW berada dalam pelukan isteri tercinta, Aishah. Saudara lelaki Aishah, Abdul Rahman bin Abu Bakar muncul sambil membawa sebatang kayu sugi. Rasulullah memandang ke arah Abdul Rahman. Si isteri tercinta memahami isi hati suaminya lantas Aishah bertanya: "Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?" Baginda menganggukkan kepala setuju.

Aishah mengambil kayu sugi itu lalu melembutkannya dengan menggigit-gigit hujungnya. Lalu Aishah menggosokkan gigi Rasulullah dengan kayu sugi tersebut. Nabi SAW wafat atas pangkuan Aishah, dengan bersatunya air liur Aishah dan Rasulullah SAW.


Akhirnya -

Baginda merasa sakit dan mencelup tangannya ke dalam air, kemudian menyapu mukanya sambil berkata: "Tidak ada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya pada kematian itu ada kesakitan."

Selesai sahaja bersugi, baginda mengangkat tangan ke langit lalu menyebut:

"Bersama orang-orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada' serta solihin. Ya Allah, ampunilah diriku, rahmatilah diriku. Temukanlah aku dengan teman (para nabi) yang tertinggi, Ya Allah teman (para nabi) yang tertinggi".


Kemuncak Kesedihan Para Sahabat -

Anas bin Malik berkata: "Tidak pernah aku melihat hari yang lebih indah dan berseri-seri melainkan hari Rasulullah SAW memasuki Kota Madinah, dan tidak pernah aku melihat hari yang lebih buruk dan gelap melainkan pada hari kewafatan Nabi Muhammad SAW."

Berita kematian nabi SAW tersebar luas, tangisan tidak tertahan lagi. Airmata sahabat bercucuran. Fatimah, puteri Rasulullah berkata: "Duhai ayahanda kesayanganku, yang telah menyahut panggilan Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga Firdaus tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada Jibril kami sampaikan berita kewafatannya".

Umar menjadi hilang pertimbangan, kecintaannya kepada nabi SAW membuatkan dia seakan hilang sedar apa yang dia perkatakan. Umar berteriak dengan suara yang lantang: 

"Ada orang-orang munafik yang mendakwa Rasulullah SAW telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak mati, tetapi baginda Rasulullah pergi bertemu Tuhannya sebagaimana nabi Musa dan Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali semula kepada kaumnya setelah orang berkata dia telah mati. Demi Allah Rasulullah akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan dia telah mati."

Abu Bakar bergegas pulang tatkala mendengar berita kematian Rasulullah SAW. Dibukanya kain yang menutupi baginda, kemudian Abu Bakar menundukkan kepalanya kepada baginda dan menciumnya. Lalu menangislah Abu Bakar As-Siddiq.


Abu Bakar menenangkan umat -

Umar masih lagi mengungkapkan kata-katanya tadi. Abu Bakar berkata kepada Umar, "Duduklah wahai Umar, Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad SAW, sesungguhnya Muhammad SAW telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak akan mati."

Beliau terus membaca Surah Ali Imran, ayat 144:

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati dan terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah) sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

Para sahabat terpaku. Mereka tersedar dari lamunan mereka. mereka mulai sedar hakikat nabi SAW telah meninggalkan mereka. Kata-kata Abu Bakar menyentap jiwa mereka yan sedang kesedihan, mengembalikan mereka kepada kewarasan.

Umar yang tadinay terlalu sedih hingga mengeluarkan kata-kata yang menggoncang akidah umat Islam, tersedar daripada kesilapannya. Ayat itu menyentap jiwanya kembali hatinya yang sedang berkecamuk.

"Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat itu, aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi apabila mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku, nabi SAW telah wafat."

Akhirnya pada hari Isnin, 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah, perginya Rasulullah SAW meninggalkan umatnya. Mana mungkin umatnya tidak menangis ketika baginda pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya, sedangkan ketika hidupnya baginda telah menempuh pelbagai ranjau dugaan, dan segala keperitan ujian, ancaman serta seksaan hanya demi menunaikan tanggungjawab amanah kerasulan iaitu menegakkan agama yang benar di sisi Alla.

Bagaimana nabi SAW yang sebelumnya dipercayai oleh semua penduduk Mekah sehingga digelar Al-Amin, akhirnya ditolak dan dicerca tatkala berdiri di Bukit Shafa, menyeru kaumnya kembali kepada Allah yang Maha Esa.

Bagaimana mungkin kita boleh lupa, ketika nabi SAW sedang sujud di sisi Kaabah, lalu kaum musyrikin menumpahkan najis dan kotoran unta di atas belakang tubuh baginda. Baginda tidak bangkit mengangkat kepalanya daripada sujud sehinggalah datangnya Fatimah membuang kotoran tersebut.

Bagaimana boleh kita lupa, nabi SAW ketika pertama kali mengajak penduduk Thaif kepada Islam, baginda dicaci, dimaki dan dilontar dengan batu. Setiap penjuru jalan yang baginda lalui, kanak-kanak, hamba dan kaum wanita menanti sambil melemparkan batu-batu ke arah nabi.

Sehinggalah Malaikat menawarkan tawaran untuk memusnahkan mereka yang menyakiti hati nabi SAW tetapi baginda menolak tawaran itu dengan sangkaan yang baik, kerana yakin akan datang suatu masanya generasi kemudian yang akan menerima dakwah beliau.

Bagaimana mungkin kita lupa? ;(



*Pintu Makam Rasulullah SAW*



*Makam Rasulullah SAW*



Wallahualam.